PEMUZIK ROK BERJUANG BANTERAS DADAH

BH, 22/10/08

Apa lo tau mafia dadah
Keluar masuk jadi bandar di penjara
Terhukum mati tapi dapat ditunda

ITULAH seni kata lagu berjudul Gosip Jalanan kumpulan muzik Slank.

Slank mengkritik berleluasa penjual dadah, yang sudah mencengkam Indonesia. Bahkan penyeludupan dadah berlaku di balik jeriji penjara.

Pengedar dadah Indonesia dikatakan mempunyai jaringan antarabangsa luas dan dana besar.

Slank mengkritik para dalang dadah yang menggunakan wang untuk mempengaruhi keputusan hakim, termasuk menunda hukuman mati.

Lagu tersebut sering dinyanyikan kumpulan muzik asal Jakarta itu ketika berkempen bebas dadah di hadapan remaja di serata Indonesia.

Slank mempunyai 80,000 peminat setia, terutama remaja, yang dikenali dengan sebutan ‘Slankers’. Mereka bertebaran di 90 kota Indonesia. Bahkan ada Slank Fans Club (SFC) di Malaysia dan Timor Leste.

Ia telah mewarnai perjalanan muzik Indonesia sejak 1983. Pada mulanya, ia dianggap kumpulan ‘rock & roll’ kerana diilhami kumpulan Barat, The Rolling Stones, sejak 1962.

Walaupun sudah berkali-kali berganti ahli, nama Slank masih bertahan. Ia kini dianggotai Bimbim (dram), Kaka (vokalis), Ivanka (bass) dan dua pemain gitar, Ridho dan Abde.

Lirik Slank sering mengungkapkan nada berontakan anak muda.

Antara lebih 10 albumnya ialah Suit (1991), Kampungan (1991), Minoritas (1995), Mata Hati Reformasi (1998) dan Slow but Sure (2007)

Pengarah filem terkenal Indonesia, Garin Nugroho, menyifatkan lagu Slank sebagai sastera sebenar.

‘Dia terkesan seenaknya, tetapi ternyata menampilkan pemberontakan dan suara rakyat. Seni katanya mengandungi kepura-puraan, kekhuatiran dan ketakutan,’ hujah Garin.

Akhir-akhir ini, Slank dikenali sebagai duta antidadah di Indonesia.

Kempen mereka juga menyampaikan tiga anggota yang pernah menjadi penagih dadah dari 1993 hingga 2000.

Bimbim selalu mengajak anak muda dan para ‘Slankers’ meninggalkan dadah. Bimbim selalu mengatakan dengan tegas: ‘Bermuzik yes, dadah no!’

Kaka juga menyatakan bahawa peranan keluarga sangat penting dalam membantu dirinya bebas daripada kecanduan dadah.

Kejayaan Slank hasil usaha pengurus yang juga ibu Bimbim, Bunda Iffet, yang memastikan kumpulan ini bebas dadah.

Bunda Iffet mendapatkan doktor agar anak didiknya bukan hanya pulih daripada penagihan dadah, bahkan dapat menyumbang kepada masyarakat.

Beliau ikut bersama Slank di mana saja.

Kempen Slank ini dapat dikatakan cukup berkesan kerana memang para pemuja kumpulan ini dan juga kebanyakan pecandu dadah adalah kalangan remaja dan anak muda.

Ketika Kaka, Bimbim dan Ivan berusaha sembuh daripada kecanduan dadah pada 2000, banyak ‘Slankers’ terdorong turut sama membuang tabiat kecanduan mereka.

Kini Slank bekerjasama dengan beberapa lembaga kesihatan dan doktor mendirikan pusat pemulihan dadah bagi para ‘Slankers’ dengan nama Padepokan Pemulihan Slankers.

Rumah tumpangan ini berbiaya rendah untuk mengenyahkan kesan dadah daripada tubuh. Ia bekerjasama dengan Rumah Sakit Bhayangkara, Jakarta.

Dalam kempennya, Slank memupuk juga semangat keluarga besar ‘Slankers’. Cara ini bak meniru peminat Rolling Stones yang terkenal sangat rukun.

Penyalahgunaan dadah merupakan ancaman besar di Indonesia.

Polis dan jentera pemerintah amat diperlukan dalam membanteras penagihan dadah, terutama memberkas pengedar dan pesalah dadah.

Namun, seperti kata Slank, jika ada rasuah, kempen apa pun sukar berjaya. Ia bimbang masa depan warga muda Indonesia akan kelam jika terus dibelenggu dadah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: